Sunday, September 21, 2008

pengakuan muslim tehadap muslimat


Kami sulit menahan pandangan mata kamiketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal,kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kaliandan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.Kami sulit menahan pendengaran kamiketika berbicara dengan kalian,apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allahsuara yang merdu dengan irama yang mendayukerana itu tegaskanlah suara kaliantatkala berbicara di berhadapan dengan kamidan berbicaralah seperlunya sahaja.Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian,ketika kalian dapat menjaditempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,waktu luang kami kadangkala akan sering terisioleh bayangan-bayangan kalian,kerana itu janganlah kalian membiarkan kamimenjadi curahan hati bagi kaliaKami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian,kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian,hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis.Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,maka jagalah amanah itujangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahuakan kelemahan hati kami ini,hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,kalian akan menjadi halal bagi kami.

Saturday, September 20, 2008


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Sayatidak bermaksud untuk mengeluh, apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah S.W.T. tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman kepada-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu sahaja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun,tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah meletakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah,bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana sejak dari sekolah rendah belum pernah saya bergaul dengan seorang perempuan pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah S.W.T., dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.Dia seperti yang saya telah ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kakinya dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik kepadanya.Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara apabila suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.
Saya memandang dia sebagai mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi danatas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangka n. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbelangkai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap. Alhamdulillah, dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantusaya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu, barulah saya tahu bahawa sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang, saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya, dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Buat pertama kali, adik saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakapsecara peribadi dengan saya pada satu hari.
Saya masih ingat kata-kata ummi yang membuatkan saya tidak mampu untuk membalas walau sepatah pun.
“I haven’t found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that loves before marriage is permitted. But, I know there’s no relationship between male and femaleexcept what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you arehaving now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”
Not a single phrase, not a word.
“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah S.A.W. has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stand until their dying day, they have Allah on their side.You can’t except Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta itu tak pernah membawa kita kemana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan Alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun, air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya.Tetapi, ummi memberi isyarat, “janganlah bimbang…Andai ada jodoh antara kamu berdua, DIA akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.”
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama dengan lebih bebas tanpa dihantui perasaan dosa. Bagi saya dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ayah dan ibu yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi keterlanjuran kami dahulu dan memohon semoga Allah memberi kemaafan kepada kami.
Sesungguhnya, Ya Allah… Aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah daku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji kepada diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya, pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan sepertidia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalah hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah S.W.T. panjangkan umur, sebaik sajhaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri dihati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya untukmengekalkan kesetiaan saya.

Gifts from ALLAH


Alhamdulillah...ramadhan ni beri seribu erti bila di anugerahkan cahaya ati yang ke 5. Atas pilihan makteh dan selepas persetujuan byk pihak..kami namakan anugerah yang ke5 dengan nama Mohd 'Aish Wafi.diikutkan 'Aish skg da genap 11hari sejak 10 sept 2008.hepi..excited..seronok..dapat baby baru..mgkin skg 'Aish skg ngah nangis tggu makteh lik.hehe.4orang sheikh yang sedia ada, harith aiman, ariff fahmi, aqif shahir n hadif aiman...msti ngah sibuk sepahkan umah wan n tok.sempena ramadhan ni, teh nk mintk maaf ngn korang bertiga yg dh beso tapi ngda2..teh salu marah tapi tue tnda teh sayang.lbih2 lagi ariff.bla ariff payah baca surah Al-Lahab..teh marah..sebab ariff main2 time ngaji.n aiman suka buli ariff n bab tue teh marah..xbek tau buli2 org.t org buli kte t.n shahir sbb bl bgn tido xder mood, msti jeling teh n kedekut makanan ngn adk brdik len trutma makteh hang.huhu.hadif xpndai ckp lgi..tp hadif pn salu pkul comot teh.sian comot.maap yer ank2ku sekalian.raya nie xder duit raya cz teh xkeje lagi..huhu..kepada 'Ash, selamat datang ke dalam family kami..moga beso t, 'aish wafi cpt matang n jadi soleh dan beramal ngn ilmu 'aish.time ank2 da masuk school t, makteh da keje..lh kite p tgk movie n mkn kfc sme2.huhu.epy n senyum salu.-makteh nur

my first attempt

السلامعليكم ومرحبا بكم
frenz outhere..this my fisrt attempt using blogspot.com.i only familiar with wordpress previously...but sooner i hope i can become the most active blogger.do leave ur comment or any other advises for my page improvement...moga Allah selalu melindungi kalian yang y punya niat baik....salam